HOMESTAY AT BANDAR PUTERI, KLANG

HOMESTAY AT SUNGAI UDANG, KLANG

HOMESTAY AT I-CITY , I-SOHO

RATES - Bandar Puteri

Bandar Puteri, Klang      : RM400/night

RATES - SG UDANG, KLANG

Sg Udang,Klang               : RM250/night

RATES - I-CITY

I-Soho (Studio)      : RM150/night

I-Soho (2Room)    : RM250/night

 

 

CONTACT

CALL  US  OR WHATS-APP TO -  PUAN NURUL 016 626 4257 OR 016 626 4572

Terma & Syarat (AM)

  1. Penyewa hendaklah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan yang sama jantina sahaja.

  2. Hanya makanan dan minuman halal sahaja dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam rumah
  3. Membawa haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.

  4. Menghormati kawasan kejiranan dan tidak membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman jiran-jiran lain
  5. Bagi tujuan keselamatan, merokok adalah dilarang semasa berada di dalam rumah.
  6. Kehilangan kunci homestay akan dikenakan denda sebanyak RM50

  7. Suis penghawa dingin, lampu dan kipas mestilah sentiasa ditutup apabila meninggalkan rumah.

  8. Dilarang membawa keluar barangan milik homestay tanpa kebenaran.
  9. Pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya berlaku sebarang kecurian.
  10. Gunakan peralatan dan kemudahan yang disediakan dengan baik.
  11. Sila maklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya berlaku sebarang kerosakan
  12. Sila pastikan semua barangan dan peralatan diletakkan di tempat asal sebelum mendaftar keluar.

  13. Pihak pengurusan homestay tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan atau apa-apa kecuaian yang mendatangkan kecederaan kepada tetamu sepanjang tempoh menginap.

Terma & Syarat (TEMPAHAN)

  1. Daftar masuk adalah pada pukul 1:00 petang dan daftar keluar adalah sebelum atau pada pukul 12:00 tengahari.

  2. Caj tambahan (RM 20 per jam) akan dikenakan sekiranya gagal untuk mendaftar keluar pada waktu yang ditetapkan.
  3. Kunci akan diserahkan pada pukul 1:00 petang; sila maklumkan lebih awal sekiranya berlaku kelewatan untuk mendaftar masuk.

  4. Pembayaran penuh mesti dibuat sebelum atau semasa penyerahan kunci.
  5. Wang deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dilakukan kurang daripada lima haridari tarikh tempahan.
  6. Kunci Homestay hanya akan diberikan setelah bayaran insuran deposit* dijelaskan dan akan dipulangkan jika semua terma dan syarat dipatuhi.
  7. Pihak pengurusan homestay berhak untuk meminta sebarang dokumen pengenalan sebagai rujukan.